Sistem Tulisan Tamadun_Maya

Sistem tulisan Maya (sering dipanggil hieroglyphics dari persamaan kabur dengan tulisan Mesir Silam, yang mana tiada kaitan) merupakan gabungan simbol phonetik dan ideogram. Ia merupakan sistem tulisan Dunia Baru Pre-Kolumbian yang boleh mewakili sepenuhnya bahasa pertuturan dengan tahap sama dengan bahasa bertulis dunia lama. Pemahaman ( decipherment ) tul;isan Maya merupakan proses yang sukar dan memakan masa. Sebahagian daripadanya telah difahami pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 (kebanyakannya berkaitan dengan nombor, takwim, dan astronomi), tetapi kejayaan besar bermula pada 1960-an dan 1970-an dan meningkat dengan pantas selepasnya, jadi sekarang kebanyakan teks Maya boleh di baca hampir sepenuhnya dalam bahasa mereka. Malangnya paderi Sepanyol begitu ghairah memerintah pembakaran kesemua buku Maya selepas penaklukkan. Walaupun banyak ukiran batu terselamat (kebanyakannya dari bandar yang telahpun ditinggalkan apabila orang-orang Sepanyol sampai), hanya 3 buku dan beberapa halaman dari yang keempat terselamat dari perpustakaan silam. Timbunan empat segi plaster dan serpihan cat sering kali dijumpai dalam carigali purba Maya; ia adalah apa yang tinggal daripada buku selepas kesemua bahan organik telah reput.

Merujuk kepada skop penulisan Maya yang tinggal, Michael Coe, pakar kajipurba terkenal di Universiti Yale menyatakan:

"Our knowledge of ancient Maya thought must represent only a tiny fraction of the whole picture, for of the thousands of books in which the full extent of their learning and ritual was recorded, only four have survived to modern times (as though all that posterity knew of ourselves were to be based upon three prayer books and Pilgrim's Progress)." (Michael D. Coe, The Maya, London: Thames and Hudson, 4th ed., 1987, p. 161.)